Tamatkan Jenayah Genosid dilakukan PKC iaitu Penuaian Organ Hidup


Parti Komunis China (PKC) telah menggunakan kaedah yang tidak berperikemanusiaan iaitu pengambilan organ secara hidup dalam membunuh pengamal Falun Gong dan rakyatnya yang lain. Kekejaman ini telah berlaku selama lebih dua dekad di tanah besar China. Hakikatnya PKC adalah syaitan terbesar yang pernah dilihat dalam sejarah umat manusia. Ia adalah organisasi penjenayah paling durjana di dunia. Apa yang lebih menakutkan ialah PKC menggunakan paksaan, rasuah, rayuan, cuci otak, penipuan, dan cara lain untuk memaksa masyarakat antarabangsa berdiam diri mengenai jenayah penganiayaan ini. Sebenarnya, ia sedang menuai jiwa manusia, memusnahkan asas moral manusia, sehingga membawa manusia kepada kemusnahan. Marilah kita bekerjasama untuk mendedahkan jenayah PKC terhadap kemanusiaan dan menamatkan kekejaman penuaian organ secara paksa. Penjenayah harus dibawa ke muka pengadilan. Keadilan dalam masyarakat kita harus dipulih dan dikekalkan .

Siasatan kami

Pertubuhan Sedunia untuk Menyiasat Penganiayaan terhadap Falun Gong (WOIPFG) telah ditubuhkan pada 20 hb Januari 2003.

Misi kami adalah untuk menyiasat perbuatan jenayah semua institusi, organisasi dan individu yang terlibat dalam penganiayaan Falun Gong, tanpa mengira masa yang diambil, betapa jauh dan betapa dalam untuk disiasat. Hal ini bermatlamat untuk melaksanakan prinsip asas kemanusiaan; dan untuk memulih dan menegakkan keadilan dalam masyarakat.

Pada 9hb Mac 2006, iaitu hari kedua selepas media melaporkan rejim PKC telah mengambil organ daripada pengamal Falun Gong yang masih hidup, WOIPFG telah melancarkan siasatan sistematik ke atas tanah besar China. Usaha penyiasatan diteruskan selama lebih daripada satu dekad, termasuk menjalankan puluhan ribu tinjauan telefon dan berbilang pusingan carian untuk 891 hospital pemindahan organ dan lebih daripada 9,519 pakar perubatan pemindahan organ. Ratusan ribu laporan media , kertas perubatan, petikan laman web hospital dan maklumat pangkalan data telah dianalisis.

Siasatan WOIPFG bahkan telah menyentuh kepimpinan tertinggi China, termasuk lima ahli Jawatankuasa Tetap Politburo dan beberapa orang pegawai berjawatan tinggi seperti naib pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, anggota Politburo, seorang menteri pertahanan, dan seorang bekas pegawai kesihatan Jabatan Logistik Am, Menteri Tentera Pembebasan Rakyat China. Bukti langsung mengenai pengambilan organ hidup oleh PKC termasuk rakaman penyiasatan saksi di tapak pengambilan organ, dan 45 orang pengarah, penyelia dan doktor dari 41 hospital pemindahan organ di seluruh negara China.


23,290 Orang telah menandatangani

Borang Petisyen

Tandatangan anda boleh membantu menamatkan penuaian organ hidup oleh PKC di China! Kami akan pastikan suara anda didengari.

Negara

Dengan menandatangani petisyen ini, anda bersetuju ke atas dasar privasi.

Hasil siasatan kami

Jenayah Negara

Pengambilan organ secara paksa adalah jenayah negara yang diketuai oleh PKC, ia diperintahkan oleh bekas setiausaha agung PKC Jiang Zemin.
  • Bukti 1: Empat orang mengakui bahawa Jiang Zemin secara langsung mengarahkan pengambilan organ pengamal Falun Gong untuk pemindahan.
  • Bukti 2: Ahli tertinggi PKC menyedari jenayah pengambilan organ daripada pengamal Falun Gong.
  • Bukti 3: Jawatankuasa Politik dan Perundangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan sistem 610 terlibat secara langsung dalam jenayah penuaian organ hidup.
  • Bukti 4: Tentera, polis, sistem kehakiman dan undang-undang China, dan hospital terlibat secara sistematik dalam penuaian organ hidup.
Lihat Semua

Pertumbuhan pesat industri pemindahan organ China selepas tahun 1999

Tahun 2000 merupakan titik permulaan peningkatan drastik pemindahan organ di China. Hospital di seluruh negara, sama ada besar mahupun kecil, berebut untuk membawa masuk kemudahan pemindahan organ dan pasukan pembedahan.
  • Selepas PKC menganiaya Falun Gong pada tahun 1999, purata jumlah tahunan pemindahan hati yang dilaporkan secara rasmi meningkat sebanyak 180 kali ganda dari tahun 1999 hingga tahun 2006, termasuk 387 kali ganda pada tahun 2006 dan 436 kali ganda pada tahun 2007.
  • Sebilangan besar pusat pemindahan organ dan padanan tisu telah ditubuhkan dengan cepat.
  • Lebihan organ China telah mencetuskan ledakan pelancongan pemindahan organ antarabangsa.
Lihat Semua

Kewujudan Bank Organ Hidup Penderma Tanpa Sukarela

Terdapat banyak bukti menunjukkan China mempunyai satu penyimpanan besar organ hidup penderma tanpa sukarela.
  • Bukti 1: Padanan organ songsang wujud di China, purata masa menunggu untuk pemindahan adalah 1 hingga 2 minggu, dan kemasukan terpantas untuk pemindahan hati ialah 4 jam.
  • Bukti 2: Peratus pemindahan hati kecemasan adalah setinggi 26.6%.
  • Bukti 3: Penerima pemindahan organ boleh menggunakan berbilang penderma organ ganti, dan juga menggunakan berbilang orang hidup sebagai penderma organ ganti.
  • Bukti 4: Banyak hospital menjalankan beberapa pembedahan pemindahan pada masa yang sama. Dalam kes sebuah hospital dengan bilangan pemindahan harian terbesar, 24 pemindahan hati dan buah pinggang telah dijalankan dalam sehari.
Lihat Semua

Pemindahan organ di China berskala besar

Bukti yang menyeluruh menunjukkan pengambilan organ PKC daripada pengamal Falun Gong yang masih hidup adalah jenayah pada skala seluruh negara, dan jumlahnya sangat mengejutkan.
  • Laporan media mengesahkan pemindahan organ besar-besaran ini.
  • Pakar pemindahan organ CCP yang berwibawa mengesahkan bahawa bilangan pemindahan sebenar jauh melebihi angka rasmi.
  • Jumlah pemindahan organ yang besar dianggarkan daripada data hospital pemindahan organ.
  • Siasatan telefon ke atas Ahli Jawatankuasa Tetap Politburo Zhang Gaoli mengesahkan lagi jenayah pengambilan organ hidup oleh PKC.
Lihat Semua

Aktiviti Kami

WOIPFG memberi keterangan pada pendengaran jawatankuasa kecil bersama mengenai "Penuaian Organ: Penelitian terhadap Amalan Biadab" pada 23 Jun 2016

Berlin: Forum Penuaian Organ China sebelum Dialog Hak Asasi Manusia China-Jerman pada 28 Oktober 2016

WOIPFG membentangkan bukti penuaian organ hidup PKC di Tribunal China di London, UK pada 8 Disember 2018

Slovakia: Pada 20 September 2019, wakil Majlis Perhimpunan Kebangsaan bertemu dengan penyiasat jenayah pengambilan organ secara paksa WOIPFG.

Buku dan Dokumentari

"Bukti Perisai Tidak Dapat Disangkal" Bahagian 1

Laporan Siasatan Jenayah ke atas PKC mengenai Pengambilan Organ Besar-Besaran Pengamal Falun Gong (Tempoh Siasatan: 2006-2015)

"Bukti Perisai Tidak Dapat Disangkal" Bahagian 2

Laporan Siasatan Jenayah ke atas PKC mengenai Pengambilan Organ Besar-Besaran Pengamal Falun Gong (Tempoh Siasatan: 2015-2020)

Siri Syarahan "Bukti Perisai Tidak Dapat Disangkal".

Dokumentari itu secara sistematik mendedahkan jenayah genosid negara dilakukan oleh PKC iaitu pengambilan organ pengamal Falun Gong yang masih hidup di China.

"Penuaian Organ Hidup - Penyiasatan Sedekad"

Dokumentari ini mendedahkan kejahatan pengambilan organ yang tidak pernah berlaku sebelum ini melalui doktor dan penyiasat.

Perundangan dan resolusi negara

Israel

Israel meluluskan Undang-undang Pemindahan Organ pada 2008.

Sepanyol

Kanun Keseksaan telah dipinda pada 2010 untuk menghukum kesalahan pemerdagangan organ.

Itali

Senat Itali meluluskan rang undang-undang pada 2015 yang mengutuk pengambilan organ di China.

Taiwan

Taiwan meluluskan Akta Pemindahan Organ Manusia pada 2015.

Amerika Syarikat

Pada 13 Jun 2016, Dewan Perwakilan A.S. sebulat suara meluluskan Resolusi 343 yang mengecam pengambilan organ yang kejam di China.

Parlimen Eropah

Pada 12 Disember 2013, Parlimen Eropah meluluskan resolusi yang mengecam pengambilan organ yang kejam di China.

Laporan media dan petikan

Lihat lagi